BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 12, 2011

MOTHERBOARD

PC TROUBLESHOOTING


Pengujian
1. Sambungkan bekalan kuasa, monitor dan kad display (tidak perlu sekiranya on-board) kepada motherboard.
2. Kad display yang digunakan adalah bergantung kepada jenis monitor yang digunakan samada VGA/SVGA dll.
3. Sambungkan kabel bekalan kuasa pada motherboard. (Pastikan wayar hitam bertemu hitam)
4. Kemudian sambungkan kabel bekalan kuasa monitor kepada bekalan kuasa dan kabel data monitor perlu disambungkan
    kepada kad display yang digunakan.
5. Untuk langkah keselamatan supaya tidak berlaku ‘short circuit’ pada motherboard, lapikkan motherboard dengan benda-benda
    berpenebat seperti kertas, plastik,papan dan sebagainya.
6. Akhir sekali setelah semuanya dipasang, ‘ON’kan suis bekalan kuasa.
7. Jika motherboard tersebut ‘OK’ monitor akan mengeluarkan image pada skrin.
8. Jika tidak, ia menunjukkan bahawa motherboard tersebut adalah rosak.

Troubleshooting
1. NO DISPLAY
    Biasanya keadaan ini adalah disebabkan oleh bateri leakage (cair). Kesan daripada bateri leakage ini menyebabkan litar
    menjadi putus dan menyebabkan ‘short circuit’ pada motherboard.

    SOLUTION
    Mula-mula buka bateri supaya senang dilihat manakah litar yang putus disebabkan oleh cairan bateri tadi. Selepas itu, perlu
    mengikis kesan-kesan cairan pada litar-litar  yang berkemungkinan telah putus supaya mudah diperiksa nanti. Untuk memastikan
    litar-litar yang dikikis tadi putus atau tidak, gunakan multimeter. Jika jarum multimeter menunjukkan bacaan menunjukkan litar
    tidak putus dan begitulah sebaliknya. Jika didapati litar putus, sambungkan kembali dengan menggunakan wayar ataupun
    apa-apa sahaja yang boleh mengalirkan arus pada litar. Setelah selesai memeriksa litar-litar tadi, gantikan bateri yang rosak
    dengan bateri yang baru. Kemudian buat pengujian kepada motherboard tersebut.
 

2. DISPLAY
    RAM Error
    Biasanya paparan ini dihasilkan oleh komputer jenis XT. Keadaan ini disebabkan oleh RAM (64Mb/128Mb/256Mb) pada
    bahagian Bank ) telah rosak

    SOLUTION
    Periksa semua RAM pada bahagian BANK 0 dan pastikan manakah yang rosak. Tukarkan RAM ini dengan yang baru.
 

3. DISPLAY
    Memory Size Error
    Keadaan ini adalah disebabkan oleh nilai Cache Memory yang dimasukkan ke dalam ‘Setup’ adalah tidak betul mengikut nilai
    RAM yang digunakan.

    SOLUTION
    Boot komputer ini kembali dan tekan Ctrl-Alt-Esc serentak untuk masuk ke ‘Setup’. Tukar nilai Cache Memory kepada nilai yang
    betul. Contohnya 348 kepada 384. Save ‘Setup’ ini dan boot kembali komputer.
 

4. DISPLAY
    Decreasing Available Memory
    Ini mungkin disebabkan oleh RAM chip terangkat, rosak atau SIMMs tidak dimasukkan dengan sempurna.

    SOLUTION
    Periksa SIMMs samada ia dimasukkan dengan sempurna pada soketnya dan ganti jika perlu.
 

5. DISPLAY
    Disket Drive 0 Track 0 Failed
    Konfigurasi sistem silap. Drive yang sepatutnya tidak sama dengan ‘Setup’. Ia mungkin juga kerana kabel drive tidak
    dipasangkan dengan betul.

    SOLUTION
    Periksa ‘Setup’ dan pastikan drive yang betul telah dimasukkan pada konfigurasi. Kemudian periksa kabel drive samada ia
    dipasangkan dengan betul atau tidak mengikut prosedur yang dittetapkan.
 

6. DISPLAY
    Gate A 20 Failure
    Keyboard XT telah dipasangkan dengan tidak sengaja pada sistem komputer AT. Ia akan mengeluarkan bunyi beep seklai yang
    nyaring.

    SOLUTION
    Periksa suis yang terdapat dibawah keyboard dan setkkan kepada suis AT jika menggunkan komputer jenis AT. Jika display
    error yang sama masih ujud, maka gantikan dengan keyboard yang baru.
 

7. DISPLAY
    No Timmer Tick
    Ini mungkin kerana litar ‘timmer’ rosak atau chip BIOS rosak atau mungkin juga kerana versi BIOS yang digunakan adalah versi
    lama.

    SOLUTION
    Masalah ini tidak dapat diselesaikan melainkan dengan bantuan daripada dealer.
 

8. DISPLAY
    [xxx] Optional ROM Bad Cheksum = [xxx]
    Kad-kad BIOS tertentu mungkin rosak

    SOLUTION
    Masalah ini tidak dapat diselesaikan melainkan dengan menukarkannya dengan yang baru.
 

9. DISPLAY
    Non System Disk OR Disk Failure
    Ini disebabkan oleh komputer membaca sistem bootign dari Drive A dan didapati tiada sistem boot didalamnya.

    SOLUTION
    Keluarkan disket dari Drive A dan ‘press any key to continue’. Sistem akan terus boot daripada Hard Disk.
 

10. DISPLAY
    Error Code [xxx]
    [xxx] – mewakili komponen-komponen yang perlu diperiksa dan berkemungkinan rosak.
    Jadual dibawah menunjukkan kod-kod yang mewakili komponen-komponen tersebut

    Kod Kesalahan                         Komponen yang perlu diperiksa
        101-199                                             System Board
        201-299                                             RAM
        301-399                                             Keyboard
        601-699                                             Floppy Drive
        901-999                                             Printer
        1101-1199                                         Serial Port
        1701-1799                                         Hard Disk

    SOLUTION
    Periksa kesemua komponen-komponen mengikut kod-kod yang dipaparkan pada skrin. Pastikan bahawa komponen-komponen
    ini disambungkan dengan betul pada tempatnya, komponen tidak terangkat daripada motherboard, wayar bekalan kuasa
    disambungkan pada komponen yang memerlukan bekalan kuasa dan lain-lain lagi.
 

11. SOUND
    Beep kedengaran daripada speaker. Bunyi beep ini membawa makna-makna yang tertentu bagi menentukan
    komponen-komponen mana yang berkemungkinan rosak.

    Jadual dibawah menunjukkan bilangan ‘beep’ dan komponen-komponen yang perlu diperiksa:-
    Bilangan bunyi ‘Beep’     Komponen yang perlu diperiksa
        1-4                                              Memory
          5                                               CPU
          6                                               Keyboard
          7                                               CPU
          8                                               Video Card
          9                                               BIOS
        10                                               CMOS
        11                                               Cache Memory

    SOLUTION
    * Sama seperti langkah 10.
     Kecuali pada komponen-koponen Memory, Cache Memory, CMOS dan BIOS. Perlu boot kembali komputer ini kembali dan tekan
     Ctrl-Alt-Esc serentak untuk masuk ke ‘Setup’. Pastikan kesemua komponen ini telah disetkan dengan nilai-nilai yang betul mengikut
     specifikasi yang terdapat di dalam manual motherboard.
 
 

BEKALAN KUASA
Troubleshooting
SYMPTOM 1 :  Talian kuasa ‘BLACKOUT’
Faktor   :  Guruh atau dipanah petir

SOLUTION
1. Tutup unit bekalan kuasa.
2. Cabut plug daripada soketnya.
3. Tunggu beberapa minit setelah kuasa kembali pulih sebelum menghidupkan semula unit bekalan kuasa.
 

SYMPTOM 2 :   Sistem komputer ‘BLACKOUT’. Tiada bekalan kuasa pada mana-mana
                            bahagian.
Faktor   :      Fius terbuka
                     Perintang penghad rosak
                     Transistor rosak
                     Rektifier Diod rosak
                     Litar utama terbuka pada transformer utama
                    Faktor Utama adalah berlaku litar pintas atau komponen-komponen terlalu panas.

Pastikan :     Adakah semua kabel dimasukkan dengan betul?
                     Apakah suis telah di ‘ON’ kan?

SOLUTION
1. Cari punca yang menyebabkan berlakunya pintasan dan buang.
2. Gantikan komponen-komponen yang rosak dengan yang baru.
 

SYMPTOM 3 :  Voltan keluaran yang rendah.
Faktor   :      Litar Rektifier Diod terputus
                     Diod berintangan tinggi
                     Kapasitor penapis litar terbuka
                     Rektifier Diod rosak
                     Transformer terlalu panas

SOLUTION
1. Cari komponen-komponen yang rosak dengan mengguna Multimeter/Huntron Traker.
2. Gantikan dengan komponen-komponen yang baru.
 

SYMPTOM 4 :  Keluaran Voltan DC lebih tinggi dari kebiasaan.
Faktor   :  Kerosakan pada litar Regulator.

SOLUTION
1. Periksa IC TL494, transistor-transitor dan diod-diod pada lita Regulator.
 

MONITOR
Troubleshooting
Jenis kerosakan: Gambar menjadi kembang mengikut arah menegak.
Cara membaiki:
Kerosakan begini selalunya disebabkan oleh perintang bolehubah yang digunakan sebagai pelaras Vertical Hold rosak. Jika perintang ini elok berkemungkinan komponen-komponen yang terdapat pada bahagian Vertical Hold telah lekang daaripada papan litar utama.

Jenis kerosakan: Gambar menjadi kembang mengikut arah melintang.
Cara membaiki:
Keadaan ini mungkin disebabkan oleh komponen-komponen yang terdapat pada bahagian Horizontal Hold telah lekang daripada litarnya. Periksa semua komponen yang terdapat pada bahagian ini dan paterikan kembali jika didapati ia lekang.

Jenis kerosakan: Gambar menjadi terlalu cerah atau kuning.
Cara membaiki:
Keadaan ini dapat diatasi dengan melaraskan kawalan ‘screen’ pada ‘transformer flyback’. Kerosakan mungkin berlaku pada sekitar transformer ini terutama sekali perintang. Jikalau tidak, kerosakan mungkin disebabkan oleh perintang kawalan pada bahagian ‘brightness’ ataupun ‘contrast’ telah rosak.

Jenis kerosakan: Bila suis monitor di’on’kan dalam masa beberapa minit, maklumat atau data mengecut menyebabkan layar terus gelap.
Cara membaiki:
Jika berlaku begini, biasanya terdapat komponen sekitar bekalan kuasa sangat tinggi (transformer flyback) rosak. Kerosakan mungkin berlaku pada kapasitor. Ia juga mungkin disebabkan oleh transistor yang tidak tahan dengan kepanasan rosak. Periksa dengan menggunakan multimeter/Huntron Tracker. Biasanya kerosakan ini sering berlaku pada monitor jenis INTRA yang usianya telah tua.

Jenis kerosakan: Bila monitor di’ON’kan terdapat garis putih mendatar (mengufuk) pada skrin tetapi data tidak keluar.
Cara membaiki:
Kerosakan ini berlaku pada Litar Bersepadu (IC) TDA 1170N atau TEA 2017 iaitu bahagian Sync. Separator (Pemisah Penyegerak). Gunakan Huntrton Tracker untuk menguji IC ini. Bahagian ‘Sync Separator’ biasanya menggunakan IC TDA 1170N atau TEA 2017. berkemungkinan juga berlaku kerosakan pada komponen-komponen lain di sekitar IC ini seperti transistor dan perintang.

Jenis kerosakan: Bila ‘ON’ suis, monitor mengeluarkan asap ataupun meletup.
Cara membaiki:
Kerosakan jenis ini adalah paling bahaya kerana ia akan mengakibaatkan berlakunya litar pintas pada mana-mana bahagian board monitor. Ia adalah disebabkan oleh track yang short di antara satu sama lain ataupun track telah putus dan short dengan komponen lain. Kerosakan ini sememangnya mudah dikesan kerana bahagian yang short akan kelihatan hitam seperti telah terbakar. Periksa track manakah yang telah putus dan short, kemudian sambungkannya kembali. Perlu juga memeriksa komponen-komponen di sekitar kawasan terbakar samada rosak/tidak. Sekiranya didapati rosak gantikannya dengan yang baru.

Jenis kerosakan: Tompokon-tompokan warna yang tidak sekata pada layar monitor.
Cara membaiki:
Keadaan ini adalah disebabkan oleh ‘magnetic field’nya yang tidak sekata. Dapat dibailki dengan menggunakan sejenis alat electromagnet. Apabila hendak menggunakan alat ini sambungkannya terlebih dahulu kepada bekalan kuasa 240 a.u. (ulang-alik). Jika tidak disambungkan kepada bekalan kuasa, alat ini tidak akan berfungsi. Alat ini hendaklah dipusingkan di hadapan layar monitor semasa monitor dalam keadaan suis ‘ON’. Pusingan ini hendaklah dilakukan sehingga warna tompokan pada monitor menjadi sekata kembali. Selain itu besi magnet juga boleh digunakan.
 

KEYBOARD
Cara-cara Servis Keyboard
    -     Mula-mula buka casing yang mengikat kekunci (key) dengan cara membuka skru pada bahagian belakang keyboard.
    -     Cuci casing tadi dengan menggunakan  spray cleaner.
    -     Selepas itu bersihkan papan litar keyboard dengan menggunakan vakum untuk membuang habuk-habuk yang lekat pada papan litar
           tersebut.
    -     Kemudian buka satu persatu penutup kekunci keyboard dan cuci dengan menggunakan spray cleaner.
    -     Cara membukanya ialah dengan mencungkil penutup itu dengan menggunakan pemutar skru ataupun test pen.
    -     Bersihkan bahagian dalam kaki kekunci keyboard dengan menggunakan Spray Video 90.
    -     Akhir sekali pasangkan kembali casing keyboard dengan mengetatkan kembali skru yang dibuka.

Jenis-jenis Kerosakan Pada Papan Kekunci (Keyboard)
    -     Antara kerosakan pada papan kekunci yang biasa ditemui ialah kekunci tidak dapat berfungsi.
    -     Kerosakan seterusnya ialah papan kekunci tersebut seolah-olah gila, iaitu ia mengeluarkan bentuk-bentuk yang tidak difahami atau
          berlainan daripada apa yang ditaip ke atas papan kekunci.
    -     Ini adalah kerana BIOS CHIP dalam papan kekunci tersebut mengalami kerosakan dan keadaan ini tidak dapat dibaiki kerana tidak
          mempunyai alat ganti.

Megesan Kerosakan Kekunci dengan Menggunakan Multimeter
    Langkah-langkah mengesan kerosakan kekunci dengan menggunakan multimeter ialah:-
    a)     Buka casing papan kekunci. Laraskan julat multimeter pada julat ohm x 10 ohm. Kemudian letakkan wayar probe multimeter pada
            kedua-dua kaki kekunci yang dikhuatiri rosak.
    b)     Jika kekunci dalam keadaan baik,
            Bila kita menekan kekunci, penunjuk multimeter akan bergerak ke kanan dan bila kekunci tidak ditekan, penunjuk multimeter kekal
            dalam keadaan infiniti.
    c)     Jika kekunci dalam keadaan tidak baik atau rosak,
            Bila kita menekan kekunci, penunjuk multimeter kekal pada keadaan inifiniti dan bila kita tidak menekan kekunci penunjuk multimeter
            juga dalam kedaan yang sama.
    d)     Jika sekiranya kekunci mengalami kerosakan, gantikan kekunci tersebut dengan yang baru.

Cara-cara untuk Menjaga Keyboard
    Terdapat banyak cara untuk menjaga keyboard supaya ia terhindar daripada sebarang kerosakan. Antaranya termasuklah seperti:-
    -     Elakkan satu tabiat yang tidak baik iaitu merokok semasa menggunakan komputer.
    -     Buat ujian dengan menggunakan satu software khas iaitu software Qaplus untuk mengesan kekunci manakah yang kurang baik dan
          baiki jika kekunci didapati rosak.
    -     Hindarkan daripada habuk dan sentiasa gunakan penutup keyboard.
    -     Simpan keyboard di tempat yang tertutup dan berhawa dingin.
    -     Semasa membuat pembersihan pada keyboard, keyboard hendaklah diterbalikkan supaya segala bendasing yang terdapat di dalam
          atau di celah-celah kekunci jatuh.

Troubleshooting
Jenis kerosakan: Sebahagian kekunci mengeluarkan aksara yang salah.
Komputer tersalah membaca fail yang betul. Kesalahan ini mungkin disebabkan oleh kecuaian semasa membuat upgraded dari satu DOS version ke DOS version yang lain.

Jenis kerosakan: Paparan skrin ‘Check Keyboard dan Mouse’.
Paparan ini adalah bukan satu kerosakan kerana ia terjadi kerana komputer gagal mencari kod-kod yang yang membolehkan ia mengesan keyboard dan mouse. Paparan di atas juga akan kelihatan sekiranya penguna salah meng’set’kan keyboard AT dengan keyboard XT. Ia juga terjadi disebabkan port untuk keyboard dipasang terbalik. Namun sekiranya keyboard boleh digunakan tanpa masalah, paparan ini boleh diabaikan.

Jenis kerosakan: Satu huruf atau nombor (aksara) terus dipaparkan pada komputer apabila sistem dihidupkan. Mungkin disebabkan oleh kekunci tersebut sentiasa tertekan pada keyboard.
Cara membaiki:
- Buka casing keyboard.
- Cuci bahagian dalam keyboard dan vakum habuk-habuk yang terdapat di dalamnya sehingga bersih.
- Jika terdapat key yang rosak, buat gantian dengan key yang baru.
- Akhir sekali uji keyboard tersebut.

Jenis kerosakan: Tiada nyalaan LED Num Lock, Caps Lock dan Scroll Lock.
Cara membaiki:
- Mula-mula periksa kabel yang menghubungkan keyboard dengan komputer.
- Periksa connector yang menyambungkan komputer dengan keyboard kerana berkemungkinan connector itu longgar.
- Jika connector longgar, cuba ketatkan.
- Jika tiada perubahan berlaku, cuba tukar keyboard tadi dengan keyboard yang baru.
- Jika keyboard baru juga mengalami masalah yang sama berkemungkinan:-
    i)   Bekalan +5 VDC mengalami kerosakan.
    ii)  Bahagian dalaman komputer rosak.

Jenis kerosakan: Semua kekunci mengeluarkan aksara salah apabila ditekan.
Kerosakan ini boleh diuji dengan membuat perbandingan dengan keyboard yang baru. Jika keyboard baru berfungsi dengan baik, maka keyboard lama mungkin mengalami kerosakan pada bahagian dalamannya.
 

HARD DISK
Troubleshooting
Cara-cara Format Hard Disk
 Sebelum melakukan format ke atas hard disk, pastikan terlebih dahulu bahawa di dalam hard disk tersebut tersebut tiudak terdapat data ataupun data telah dipindahkan kepada cakera keras yang lain. Biasanya hard disk di ‘format’ lain sekiranya ia diserang virus. Terdapat beberapa cara untuk melakukan format antaranya:-
1. Menggunakan program DEBUG.
2. Menggunakan program FDISK ( Low level format )

Format Menggunakan program DEBUG
- Mula-mula pasangkan dengan lengkap Hard Disk yang hendak diformat pada satu set komputer yang lengkap.
- Kemudian ‘Boot’kan komputer dengan mengguakan disket yang mempunyai sistem booting di dalamnya.
- Taipkan arahan DEBUG pada A:\> prompt dan tekan ENTER

            A:\> DEBUG
- Selepas itu dibawah arahan ini taipkan seperti beikut:-
            A:\> DEBUG
                   - g=c800:5          Tekan ENTER

- Selepas keluar arahan RETURN tekan ENTER sekali lagi.
- Apabila keluar arahan Y/N, kita perlu pilih/tekan ‘N’
- Hard Disk tersebut akan mula diformat.
 

Format Menggunakan program FDISK (Low Level Format)
- Mula-mula ‘set’kan sistem ‘booting’ kepada drive A: dengan cara memasuki ‘Setup’.
- Kemudian ‘boot’kan komputer tersebut dengan menggunakan disket yang mempunyai sistem ‘booting’ di dalamnya sehingga keluar A:/>.
- Pada A:\> taipkan seperti berikut:-

            A:\> FDISK  Tekan ENTER
- Menu seperti berikut akan dipaparkan pada skrin:-
            Choose one of the following:-
            1. Create DOS partition or Logical DOS Drive.
            2. Set active partition.
            3. Delete partition or Logical DOS Drive.
            4. Display partition information.

            ENTER Choice : [x]
- Pilih ‘4’ dan tekan ENTER untuk melihat partition-partition yang terdapat didalam hard disk.
- Setelah pasti partition mana yang hendak di padamkan (delete), pilih ‘3’ dan tekan ENTER untuk memadamkan partition tersebut.
- Kekalkan partition mana yang tidak mahu di padamkan.
- Kemudian pilih ‘1’ (Create DOS partition) untuk membina semula partition yang dipadam tadi dan juga untuk membolehkan komputer ini
  ‘boot’ dengan sendirinya tanpa menggunakan disket.
- Komputer akan RESTART dengan sendirinya selepas arahan ini.
- Untuk format hard disk, masukkan disket yang mempunyai arahan format ke dalam drive A dan mulakan format dengan menaip arahan
   seperti berikut:-

            A:\> format c:/s/v
- Kemudian satu arahan untuk kepastian akan dipaparkan pada skrin. Pilih ‘Y’ untuk meneruskan arahan format ataupun ‘N’ sekiranya tidak
  mahu format hard disk tersebut.

 

2 comments:

EB said...

Nabila:
Panjangnya ulasan..
Hehehe pening eb nak baca..
Xpa lepas ni EB baca dgn lbih tekun lg.. hehehe..

Nabila Amir said...

huhhu...bukn ulasan..ni note my assingment...huhhuu..rajin bace ler.r.