BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 2, 2011

Kaum wanita ramai masuk Neraka.





Salam pada kawan2.. Di sini bukan saya nak menurunkan martabat kaum2 wanita tetapi ikhlas saya ingin sampaikan apa yang benar. Moga kita sama2 dapat ambil ikhtibar dan merenung diri kita Wanita.

Walaupun perasaan kamu lebih halus daripada kami, tetapi kenyataannya kaum wanita lebih ramai menghuni neraka berbanding kaum lelaki.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w

"Aku melihat ke dalam syurga dan aku melihat ramai penghuninya adalah orang miskin. Kemudian aku melihat pula ke dalam neraka dan aku melihat kebanyakkan isinya adalah kaum wanita'

Kepada kaum wanita, Nabi pernah memberi PERINGATAN

'Wahai para wanita bersedekahlah. Sesungguhnya aku melihat kebanyakkan penghuni neraka adalah kamu"

Lalu mereka bertnya "Mengapa terjadi begini?"

Nabi menjawab "kerana kamu sering mengutuk dan mengingkari suami mu. Aku tidak tahu bagaimana orang yang kurang akal dan agamanya dapat mempengaruhi lelaki yg lebih teguh drp kamu".

Kebanyakkan wanita tidak mensyukuri nikamt yg Allah kurniakan kpd mereka. Mereka sentiasa berasa kurang puas dan berkeluh kesah. Akibat perasaan itu mereka enggan bersedekah dan mengeluarkan zakat.

Kebanyakkan wanita tidak mahu menerima takdir atau pun ketetapan Allah yg menurutnya adalah buruk sehingga mereka mengingkari Allah.

Kebanyakkan wanita tidak mensyukuri hasil usaha suami sedangkan suaminya berusaha sebaik mungkin demi menyara keluarga dan itulah sebaik-baik rezeki yg Allah berikan.

Oleh sebab itulah, 14 abad yg lalu, Nabi mengingatka kaum wanita, mereka adalah 'Kunci' dalam kehidupan. Apabila sebuah negara mempunyai kaum wanita yg baik, maka baiklah keadaan negara itu dan begitu sebaliknya.

Pada kawan2..ingatlah, jangan terlalu taksub dengan duniawi yg hanya seentara ini. Tunaikanlah kewajipan kita sebagai umat islam. Bukan hanya solat semata2 tetapi beserta lah dengan bersedekah,menghormati,jaga maruah diri keluarga dan berbuat baik sesama kita.

Artikel di atas dipetik daripada"'andai syurga & neraka tidak ada"....

saya hanya berkongsi cerita ini..untuk semua kaum wanita..termasok laa saya..

0 comments: