BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 24, 2010

Mengapa Perpisahan Berlaku





Mengapa berlaku perpisahan setelah aku semakin intim dengan si dia?


Sebagai manusia, tentu aku ada membuat kesilapan. Langkah sebaiknya ialah mencari silap yang membawa kepada berlakunya perpisahan itu.
Kadang-kadang, kesilapan itu memang disedari cuma masih tiada jalan penyelesaiannya.
Untuk tidak mengulangi kesilapan, aku perlu pelajari sesuatu daripada kesilapan itu.. kemudian, bertindak segera supaya tidak berterusan.
Tetapi mengapa ianya masih berlaku?


Si dia tidak menyintai aku?


Perasaan kasih dan sayang memang perlu wujud bagi setiap pasangan yang mengaku dilamun cinta.
Ingin tahu sejauh mana kasih dan sayang si dia, aku pun menguji dirinya.
Malangnya, setiap ujian diberi memberikan jawapan mengecewakan. Lantas aku mula ragu-ragu walaupun sudah berulang kali si dia melafazkan kasih sayangnya. aku sangka menguji si dia dapat membantu, tetapi berlaku sebaliknya.



Si dia tidak memenuhi syarat?


Jika ditanya, banyak syarat untuk si dia, antaranya tampan, bergaya, kaya, jujur, penyayang, bertahi lalat, penyabar dan bermisai.
Tetapi pertama kali bertemu, hatiku sudah terpaut. Jantung bergetar setiap kali bertentang mata dengannya.
Saat itu, syarat ditetapkan bukan lagi menjadi ukuran lalu aku mula berkata pada diri sendiri, si dia di depan mata kini bukanlah kekasih yang dicari selama ini.
Sebenarnya aku keliru. Syarat yang ditetapkannya hanya impian yang memang ada pada naluri setiap manusia. Sekiranya aku atau dia terus mencari kekasih yang dapat memenuhi syarat itu, sampai bila-bila pun mungkin kami tidak akan menemuinya.



Terpaksa berpura-pura?


Memang bahagia jika aku dan si dia sering sehaluan. Apa saja yang dibuat semuanya senada dan seirama. Ini yang dikatakan sehati sejiwa terutama dalam soal percintaan.
Diajak makan di restoran atau menonton wayang, dia mengangguk. Tiada langsung bantahan, tetapi adakah ia benar pada hakikatnya?
Atau terpaksa berlakon sekadar memuaskan hati masing-masing?
Sebenarnya aku menyembunyikan 'identiti diri' sendiri kerana apa saja yang diputuskan, aku hanya mengiyakan saja. Sepatutnya aku tidak perlu berpura-pura demi menjaga hati masing-masing. Berterus terang antara jalan terbaik untuk menjaga hubungan dengan si dia.



Dibiarkan sendiri?


Sejak bercinta, aku sering bersama si dia. Apabila ada salah faham, ia menyebabkan pertengkaran. Ini antara kesilapan yang sering dilakukan setiap pasangan dan kesudahannya pasti berakhir dengan kemusnahan.
Aku sebenarnya dipengaruhi perasaan 'takut' kerana aku menganggap si dia sebagai pelindung lalu perasaan bimbang mula menguasai diri setiap kali berenggang dengannya.
Aku sepatutnya bertanggungjawab untuk membentuk kegembiraan pada diri sendiri. Belajar berdikari dan pasti aku akan menjadi kebanggaannya. 
Tetapi sayang kerana semuanya sudah berlalu..Kini aku sendiri..


AKU HIDUP TANPA CINTA

0 comments: