BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Thursday, February 24, 2011

ESOK KEM!!!... MALAS...MALAS TOL NAK PEGI ...


Esok...dan esokk...ader kem laaa..malas betol aku nak pegi kem...dah laaa sampai ahad then isnin kelas ngan de exam minggu depan..perrhh!!!!..penat dowh!,.. lec saje nak dera kami kerr??... mentang-mentang kami nak belah dah..wahh..wah....malam ni aku sebok kemas baju... esok pagi-pagi dah kena gerak awal g kolej....coz kena ade kat kolej sebelom kol 9.00 AM... kem esok di taja oleh (GPMS)..haa.. nak taw ape itu GPMS??.. Maksu dye.. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung malaysia... so ramai kolej lain akan join... gerenti kene campor ngan kolej2 len..politeknik..dak u...aarrhhhhgggg!!!!!...
cam gampang bai....malas tol aku nak pegi..penat pon tak hilang lagi..ingat hari sabtu ahad ni boleh laa rest kat rumah kan....tapi "TEPAKSE G KEM".... Benci tol....


huhuhu...kawan-kawan ku yang sporting habis...tambah liyana yang buat mulot macam itik tu..hahaha..dye kalau dah gelak...aku lari dulu..wwawawa....


this is my geng !!!.... membe ku yang best!!..huhuhu... kalau tak de dorang..haii sunyi kolej dowh..huhuh....


-TAMAT SUDAH-

Tuesday, February 22, 2011

KABEL..KABEL...PENING!!!!!!!



huhu..muke panas jeeerrr aku nie....tunggu lec tak sampai2 lagi...huhuhu...


ini lah barang-barang nak buat kabel....


haaa..bende ni pulak...nak tekan kepala kabel bagi ketat...sakit tangan derr...hahaha..





Salam,hu!, hari ni class cik asri...buat kabel EIA/TIA 568A dan 2 lagi kabel yang lain...hahahaa... kali ni aku buat kabel sekali terus jadi...hahahah (bangge la 2)..wawaw....ceehh... mane taknyerr..mase sem 2 ...buat kabel time exam...fail...gile rrr.... memang susah dowh wat kabel...menangis aku fail... hhuhuu....tapi kali ni aku wat sendiri terus jadi..Alhamdullilah... jadi...hehehehe....




huhu..kawan2 aku semua tengah sebok buat kabel..mane taknyaa..semua nak balik awall..temasuk laa kau..wek..wek..wek..hehehe...harini en.asri tak datang...ade lec lain ganti...hehhee...semua pulon wat tol2 kabel nie..sebab nanti ade "CAT" ..cat tu bermaksud..exam pratikal...huhuhu...time exam tu sape pon tak boleh tolong ...diri sendiri kena pandai hidup..huhuhu...




abis meja aku bersepah ngan sampah kebel ...isshh..isshh...ishhh...huhuhu... sakit segala badan, tangan oooo buat kabel ni...huhuhu..tapi alhamdullihlah aku akhirnya..berjaya buat ke 3 kabel..hehehe.. (gelak sambil garu 
kepale)..huhuhu...




haaa.... kabel ni laaa kau kene buat..nampak jee kecik cam ni...nampak senang nak wat..tapi low dah wat..haaa baru lu orang tahu betape sakitnyerr jari ku ini..huhuhu..






....OK BYE..BYE....

AKHIRNYAA !!!!!


Akhirnyaa...dapat jugak aku bergambar ngan akasya der..perrhhh depan-depan dye ansem gile.....nak pengsan aku tengok dye..hahaha....memang aku ni muke tak malu lah....mane taknyerr....2,3 hari kot aku asyik usyar jeerr kat depan rumah tu,..hahahaa....last2 balik kolej tadi...aku dengan muke tak malu....benti depan kedai..then teros pegi jumpe dorang ngah shooting...akasya ansem baik...yang penting dye tak sombong!!....tu aku suke gile kat dye...minat dye sangat kot....huhuhu.....dan fauziah nawi, abu bakar ,tapi aku paling tak suke...ALMY NADIA....belagak macam aperr....memang aku benci rr dye!!... Bodo betol...wat2 tak kenal aku...bogok!!...
sek bek laa akasya aku tu tak sombong..hehehe....

aku minat gile kot kat akasya niee,....huhu...sampai sanggup wat muka tebal...semate2 nak bergamba ngan dye...huhuh...heran ape aku....janji aku dapat jumpe dye...week...wekk...week...


Fauziah Nawi ni..sporting gile rrr dyee.....datang2 jumpe dye..teros aku salam dye..huhuhu....dye tak sombong...bagos laa..kalau dah jadi artis tu jangan sombong2...tak kemane laaa....


pakcik ni..aku lupe nama dye,,tapi mase datang kat dye....sembang macam dah kenal lame...huhuhuh....aku minat jugak dye ni..tapi lupe name dye sape..huhuhu....


nie membe aku...fazlin...dye mule2 tak nak pegi..tapi last-last aku pujuk dye..pegi gak dye..huhuhu....kalau malu...rugi..fauziah nawi cakap..kalau malu..susahlaaa..huhuh...aku dengan muke tebalnyerr...melangkah bangun pegi kat akasya...hahaha....


Aku tak kan dapat lupekan kenangan ni..huhuhu.....sayaaannggg..akasyaaa...hahaha.... ^^,


Monday, January 31, 2011

warna-warna kabel (568A) & (568B)










KABEL CROSS & KABEL STRAIGHT




...TAMAT...


Sunday, January 30, 2011

(Microsoft Access)


 (Sejarah)
Microsoft mengeluarkan Microsoft Access 1.0 pada bulan November 1992 dan dilanjutkan dengan merilis versi 2.0 pada tahun 1993. Microsoft menentukan spesifikasi minimum untuk menjalankan Microsoft Access 2.0 adalah sebuah komputer dengan sistem operasi Microsoft Windows 3.0, RAM berkapasiti 4 Mb (6 Mb lebih disarankan) dan ruang kosong hard disk yang diperlukan 8 Mb (14 Mb lebih disarankan). Versi 2.0 dari Microsoft Access ini datang dengan tujuh buah disket floppy 3 ½ inci berukuran 1.44 Mb.
Peranti lunak tersebut bekerja dengan sangat baik pada sebuah pangkalan data dengan banyak record tapi terdapat beberapa kes di mana data mengalami kerosakan. Misalnya, pada saiz pangkalan data melebihi 700 Mb sering mengalami masalah seperti ini (pada saat itu, memang hard disk yang beredar masih berada di bawah 700 Mb). Arahan penggunaan yang dibawanya memberi amaran bahawa beberapa kes tersebut disebabkan oleh driver peranti yang kuno atau tatarajah yang tidak benar.
Nama kod (Codename) yang digunakan oleh Access pertama kali adalah Cirrus yang dibangunkan sebelum Microsoft mengembangkan Microsoft Visual Basic, sementara mesin pembuat form antara muka yang digunakannya dinamakan dengan Ruby. Bill Gates melihat purwarupa (prototype) tersebut dan memutuskan bahawa komponen bahasa pengaturcaraan BASIC harus dikembangkan secara bersama-sama sebagai sebuah aplikasi berasingan tapi dapat diperluas. Projek ini dinamakan dengan Thunder. Kedua-dua projek tersebut dikembangkan secara berasingan, dan mesin pembuat form yang digunakan oleh keduanya tidak saling berpadanan antara satu sama lain. Hal tersebut berakhir saat Microsoft mengeluarkan Visual Basic for Applications (VBA)...




CIRI-CIRI UTAMA PERISIAN MICROSOFT ACCESS


1.   Jadual (Table) - Penyimpanan segala pengumpulan maklumat tentang topik tertentu.
2.   Hubungan (Relationships) - Rangkaian antara medan bagi jadual yang berkaitan yang mempunyai nilai yang sama..
3.   Queri (Query) - Permintaan tentang sesuatu data daripada pangkalan data.
4.   Borang (Form) - Ruang antara muka untuk memasukkan maklumat.
5.   Laporan (Report) - Ringkasan maklumat daripada pangkalan data.
6.   Kunci utama dan kunci asing (Primary key and foreign key) - Kunci utama ialah medan yang unik yang mewakili setiap rekod dalam jadual, manakala kunci asing ialah medan yang memadani kunci utama dalam jadual yang lain.
7.   Jaminan keselamatan - Pembatasan pengubahsuaian maklumat oleh orang yang tidak dibenarkan.
8.   Perkongsian maklumat - Semua maklumat dalam pangkalan data boleh dikongsi.
9.   Jaminan integriti maklumat - Semua maklumat yang dimasukkan dalam pangkalan data adalah tepat, sah dan konsisten.
10. Perolehan semula dan replikasi - Semua maklumat disalin dengan kerap supaya maklumat tersebut tidak hilang jikalau cakera keras utama (primary hard disk) dan peralatan yang lain rosak. ..






Saturday, January 29, 2011

TEST..TEST...TEST !!!!!


Dari pagi tadi aku buat test komputer sampai petang tak lulus2 gak..naik fedup toll laaa.....adeehh....nak tak nak aku kene kuat semangat gak bagi komputer lulus..low tak sampai bile2 laaa aku tak kan dapat lesen moto and keta....masok kali ni dah 3x aku fail... sakit kepale tol laa wat test ni..sampai aku nak muntah dah..adeehh...tolong laaa kawan2 semua..doakan aku kali ke 4 ni ,, aku lulus laa komputer.tolong laa...dah tak tahan dengan my dady bising bile nak wat lesen..aku dah nek fedup dengar..bile nek keta ngan my dady,.. HA !!, mule laaa dalam keta tu bapak aku  membebel jeee....naik nanah telinga aku dengar...tapi ade betol jugak bapak aku bising2!!... nak bagi aku ade lesen..dah ade lesen senang aku nak g kl nek keta....tak lah susah-susah naik bas....hehehee.....pas tu kak aku lak bagi aku panas....dye cakap lepas kawen..dye nak bagi keta myv dye kat aku...hoott!!!...je aku dengar... cam membe2 aku yang dah ade lesen..mak ayh dorang lak tak bagi driver sesuka hati,.. yang aku lak..keta dah ade.,..tapi lesen tak de adehh!!... sabar jelaa..... Ya Allah!!..kau bantulah aku...moga kali ni aku lulus dalam ujian komputer ni... 


AaAaaaaarrrgggggHhHhHhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!
AaAaaaaarrrgggggHhHhHhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!
AaAaaaaarrrgggggHhHhHhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Fedup laaaaaaa.....tttoolooooonggg!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, January 27, 2011

PETUA MENJAGA KOMPUTER




Jangan ON dan OFF komputer / laptop ANDA!!..terlalu kerap 



-Elakkan getaran meja kerana kebanyakan .

komponen elektronik amat mudah rosak.

-Tempatkan komputer dibilik berhawa dingin, ditempat yang teguh dan tetap.

-Jauhkan sebarang cecair (makanan/minuman) dari komputer. Minuman yang tertumpah keatas keyboard / terkena disket / masuk dalam komputer akan merosakkan komputer anda.

-Elakkan komputer dari sinaran terus cahaya matahari .

-Elakkan dari benda benda bermagnet seperti telefon, pembesar suara dan sebagainya berhampiran komputer. Kesan magnet akan merosakkan floppy disk anda.

-Habuk adalah musuh komputer anda. Habuk yang halus yang masuk kemotherboard akan memendekkan hayat komputer. Jika ada masa lapang, bersihkan habuk dari dalam komputer menggunakan udara termampat yang dijual dalam bentuk tin spray penyembur nyamuk.

-Habuk juga boleh memasuki disket, laser head cd-rom atau read-write head pada pemacu cakera menyebabkan ia tidak dapat digunakan.

-Asap rokok juga mendatangkan kesan yang sama seperti habuk tadi. Ingatlah, merokok bukan sahaja tidak sihat pada kesihatan anda bahkan juga kepada kesihatan komputer anda.

-Jangan letak komputer dalam bilik yang ada permaidani sebab permaidani (carpet) adalah penghasil cas elektrik statik yang terbaik.

-Tambahkan kipas tambahan dalam komputer untuk menyejukkan komputer anda.

-Gunakan AVR - Automatic Voltage Regulator. Bekalan elektrik bukannya tetap 230V AC. Ada ketikanya terkurang/terlebih voltage. Kalau ada kilat dan terlupa mencabut palam dan jika nasib baik *****a avr yang rosak bukannya komputer.

-Back up segala data penting anda. Sebabnya kalau hdd rosak, habis semua hasil kerja yang sudah disiapkan.

-Scan hdd sekurang kurangnya sebulan sekali untuk memastikan tiada sebarang file bermasalah. Boleh gunakan scandisk.exe / mana mana program komersial.

-Scan dengan perisian anti virus sekurang kurangnya sekali sebulan.

-Digalakkan gunakan 2 hard drive / hdd dformat kepada lebih dari satu partition, satu untuk bekerja dan satu lagi untuk stor/backup.




TIPS SEMASA KILAT / KELUAR RUMAH


Tips ini lebih merujuk untuk rumah kediaman yang tidak mempunyai "pengalir kilat" iaitu satu kepingan tembaga tebal dari atas bumbung terus kedalam tanah. Ambil perhatian juga bahawa sekali "surge protector" terkena kilat yang kuat ianya sudah tidak boleh digunakan lagi.



-Jadikan kebiasaan mencabut plug telefon dari modem dan soket kuasa dari komputer jika keluar rumah.

-Jangan gunakan komputer masa da petir dan kilat. Ada kes monitor dan modem dan motherboard hangus kena kilat.

-Cabut palam dari plug kuasa dan talian telefon dari modem masa ada kilat / petir atau jika anda keluar meninggalkan rumah. Tidak semestinya kawasan anda yang ada kilat tapi kalau dengar 'vvrooommm' di kawasan berhampiran pun voltaj dari kilat masuk kerumah anda melalui talian elektrik dan telefon. Ini juga meliputi telefon tanpa penstabil wayar (cordless phone).

-Modem adalah sangat sensitif kepada arus elektrik. Data-data yang dihantar dalam modem adalah dalam bentuk arus letrik. Talian telefon yang halus itu sahaja mengalirkan tenaga elektrik setinggi 90volt DC. Sedikit sahaja terkena kilat menyebabkan chipset yang memproses data akan hancur.

Jika Komputer Terkena Kilat?

Hujan, kilat dan petir sudah pun berlalu. Anda pun menghidupkan komputer, malangnya tiada apa-apa berlaku. Hmmm..mungkin tiada letrik agaknya. Tapi lampu rumah hidup? komputer anda sudah menjadi mangsa kilat.

Apa yang harus anda buat?

*Mula-mula hidu samada ada bau hangus atau tidak.

-kalau ada cari saja puncanya
-kalau tiada hidupkan komputer
*Pastikan kipas pada power supply berpusing.

-kalau tak pusing ertinya power supply sudah rosak
-kalau pusing tengok komputer dan monitor hidup atau tidak
*Kalau komputer tersebut masih baru atau dalam jaminan bawa saja kepenjual komputer tersebut.

*Jika ingin membaiki sendiri:

-Cium jika ada bau hangus dan pastikan puncanya

-Periksa unit power supply-check voltage.

-Periksa motherboard jika ada cip yang hangus.



p/s: Anda yang boleh membaiki sendiri CPU anda.Tapi tidak monitor.Ini kerana monitor mengandungi berjuta-juta cas elektrik walaupun tidak disambung kepunca elektrik.Jika silap langkah anda mungkin mati terkena kejutan elektrik.Jadi kalau monitor anda rosak,hantar ke mekanik yang mahir atau lebih. . .



( tamat )