BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, November 13, 2010

Camera Idaman aku..


(ESO D550 18x)

salam semua...aku rini nak cita satu bende kat korang...low korang rasa nak baca blog aku baca jelaa..low tak nak jangan baca k...aku nak tulis ape..aku punya pasal laa beb !!.....Cam ni,.....Aku dah lama idamkan camera ni...haii bile laa aku akan dapat camera ni ye??..nak beli x mampu beb !!.. mahal kowt..walaupun bajet 2xxx lebih cam 2..nak kumpul wet..hurrmm...sampai bile..xpelaahh...aku hanya dapat tengok je camera ni... Pe2 pon aku akan usaha dapatkan camera yang aku sayang....bagi aku..bila aku snap sesuatu gambar tu..kau rasa tenang sangat...best beb!!..jadi photogarafer....ley menjelajah satu dunia...mencari pengalaman..aku minat bidang ni..dah lama...dari dulu lagi.. Insyllah jika di izinkan Allah aku di panjangkan umur..aku nak jadi seorang photografer yang berjaya....insyllh....mane tahu low umor aku tak panjangkan.....sampai sini jelaaa..aku malas nak membebel panjang-panjang..Aku harap..pe yang aku nak tercapai..AMIN!!.....

Thursday, November 11, 2010

Hargailah Insan Yang Benar2 Mencintai Kita

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.




  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


~TANDA LELAKI BENAR- BENAR JATUH CINTA~



Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejotkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah: (ada 17 cara lelaki benar2 jatuh cinta pd kekasihnya)..




1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela      
     bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang  
     yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan 
     cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa 
     curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak 
     menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9.  Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana 
      dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya 
       melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu 
       lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri. 
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa 
       kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting 
       dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnye...

Wednesday, November 10, 2010

Cinta pertama sukar untuk dilupakan


Cinta pertama amat sukar untuk dilupakan..kerana cinta pertama banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar...walaupun umur aku baru mencecah 19 tahun...aku sudah mengenal ape erti cinta sebenar..aku mencintai seseorang...tetapi dye bukan menjadi milik aku sekarang..aku redho atas kehendak mu Ya Allah...Aku mengaku,yang aku susah nak melupakan dye.. Walau macam mana care aku cuba untuk melupekan dye...aku tetap tak dapat nak lupekan dye...aku hanya insan lemah...selepas aku dan dye berpisah...aku rase , aku dah tak de hati kat lelaki lain...ntahlaa..aku tahu dye tak lame lagi akan jadi suami orang..aku sedar...tapi aku susah sangat nak lupekan dye...cinta pertama sampai mati susah nak lupekan betol kan....??? mungkin sekarang aku dengan dye tak ade jodoh..mane tahu mase akan datang aku dengan dye ade jodoh..sape tahu kan...walaupun dye dah lukeka hati aku..aku dah lame maafkan dye..aku percaye pada takdir..mungkin ade hikmah di sebalik ape yang jadi kat aku sekarang...aku bukan tak nak bagi peluang kat lelaki lain yang mencintai aku..tapi ntaahhlaa, susah dah aku nak ade rase sayang kat seseorang lepas dye pergi tinggalkan aku...kalau aku couple dengan  orang lain pun, mungkin sayang aku tak same ... dan mungkin kepercayaan aku teramat lah tipis...salah ke aku buat macam tu??,, patut ke aku bagi peluang dekat lelaki lain..aku betol2 buntu...aku susah dah nak percayekan janji2 lelaki..bagi aku...laki semua same.. tak penah nak hargai pengorbanan aku...Mungkin sampai mati pon aku tak kan kawen kan...bia laa..aku berserah pada jodoh...bialah aku keja cite2 aku dulu ...aku de impian...impian aku nak jadi seorang photografer yang berjaye di masa akan datang..insyllah...mungkin sekarang aku sedih... mane tahu di mase akan datang ade lelaki yang benar2 mencintai aku..aku pun tak tahu...itu pon kalau ade laa kan lelaki yang cam tu..sekarang susah nak jumpe lelaki....JANTAN BANYAK!!!!... tapi lelaki susah nak jumpe..Bialah Allah tetukan jodoh aku..aku low boley tak nak bercinte lagi...bia terus kawen..tak laa aku merane lagi..orang tua2 ckap. kalau bercinte lepas kawen, bahagia rumah tangga.ntahhlaa..mungkin!!....dahlaa malas nak pike lagi.kalau pike leh jadi gile aku, Aku kene teruskan hidup, aku kene kuatkan semangat...aku kene bangkit ke hadapan, agar aku boleh berjaye di masa akan datang,..insyllah....






ini lah cinta pertama aku..sukar untuk aku melupekan dye...Hanya Allah yang mengetahui perasaan aku...Aku redho dengan pemergiaan dye...aku percaye pada takdir..Allah sentiasa ada untuk aku..dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dye....

Tuesday, November 9, 2010

TANDA TANDA JODOH



                                              setiap orang ade jodoh masing2...


Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat

memiliki usia hubungan yang panjang

adalah dengan adanya saling kerjasama.

Kamu dan dia selalu dapat saling

membantu, dalam urusan remeh atau

besar. Paling penting adalah kamu
berdua selalu dapat melalui segala
aspek kehidupan secara bersama-sama.
Dan semuanya terasa amat menyenangkan
meskipun tanpa harus melibatkan orang
lain. Apakah kamu sudah merasakan
perkara tersebut? Jika ya, selamat...
kerana ada harapan bahawa dia adalah
calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan
sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh
kamu atau bukan adalah kemampuannya
bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba
sekarang perhatikan, apakah gerak-
gerinya, caranya berpakaian, gaya
rambutnya, caranya berbicara serta
tertawanya mengesankan apa adanya?
Apakah setiap ucapannya selalu tampak
spontan dan tidak dibuat-buat? Jika
tidak, (maaf) kemungkinan besar dia
bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati
kamu berdua dapat selalu saling tahu.
Dan bila kamu atau si dia dapat saling
membaca fikiran dan menduga reaksi
serta perasaannya satu sama lainnya
pada situasi tertentu. Selamat!
Sebenarnya dialah destini kebahagian
kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu
menjadi tenang, selesa dan tanpa
perasaan tertekan. Berjam-jam
bersamanya, setiap waktu dan setiap
hari tanpa membuat kamu merasa
bosan... Inilah petanda bahawa kamu
berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam
situasi apapun. Dan dia selalu dapat
memahami situasi dalam hati kamu baik
dalam suka dan duka. Percayalah
pasangan yang berjodoh pasti tak takut
mengalami pasang-surut, suka-duka saat
bersama. Sekarang, ingat-ingat
kembali. Apakah dia orang pertama yang
datang memberi bantuan tatkala kamu
dirundung musibah? Dia selalu faham
saat emosi kamu terganggu? Dia tahu
keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak
salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa
lalu keluarga kamu, dia tak peduli
dengan masa lalu kamu saat bersama
kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-
malu menceritakan masa lalunya... Nah,
kalau begitu ini bisa berarti dia
sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki
kekurangan, dan kamu tak malu-malu
memperlihatkannya pada si dia. Bahkan
pada saat kamu tampil buruk di
depannya sekalipun, misalnya saat kamu
bangun tidur atau saat kamu sakit dan
tak mandi selama dua hari. Ataupun
menceritakan sejujurnya kepada kamu
tentang kelemahan dan kekurangannya...
Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan
untuk bersama!



Petanda 8

Bila merasa rahsia kamu bisa lebih

selamat di tangannya daripada di

tangan sahabat-sahabat kamu yang lain.

Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi

menyimpan rahsia apapun darinya, maka
berbahagialah! Kerana ini bererti
pasangan sejati telah kamu temukan!

 

 

 

 

Sunday, November 7, 2010

Sepi Hati Ini Terjadi Lagi..

Sepi hati terjadi lagi 
Mungkin sampai mati aku sepi ...
Biar senyum hadir di hariku, 
namun ini hanya ada di bibir 
di bibir saja... 

Aku ini yang boleh mengerti, 
walaupun yang lain mau mengerti 
Namun berat beban hidupku 
biarkan saja.. 
Biar saja hanya ku yang tahu, 

Sejarah cinta dan hidupku 
penuh duri dan banyak ranjau 
Aku perlu kesabaran yang penuh 
untuk tetap ku berdiri ...
Aku tetap menunggunya sampai aku mati,
mungkin sekarang aku dan dia tiada jodoh..
aku tetap menyintainya sampai mati...
aku tetap doakn kebahagiaan dia...
Moga dia bahagia..
Walaupun aku bersedih, namun aku bersabar,
aku percaya pada takdir..
Aku harus teruskan hidup tanpa dia disisi aku..
Kerna banyak lagi yang harus aku lalui...
Aku masih muda..akan akan keja cita2 ku..
Aku berharap satu hari nanti aku 
menjadi seorang photorgafer yang berjaya..
itu adalah impian aku...

Monday, October 11, 2010

Hargailah orang yang kita sayang sementara ia masih ada

Pada suatu hari di sekolah , seorang murid bertanya pada guru..Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.. "PELAJAR;,, cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang??..Macam mana juga kasih sayang itu nak berkalan?",, CIKGU", ok kamu ikut apa yang saya suruh..Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu.. Pilih yang "PALING CANTIK" tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali..Dan petik rumput yang "PALING CANTIK", bawa ke kelas". Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pun datangnya.. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilh?.. PELAJAR", tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang "PALING CANTIK", maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.. Tapi sampai dipenghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik..Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula,,jadi tiadalah rumput yang boleh petik", CIKGU",, ya itulah jawapannya.. Maknanya apabila kita telah berjumpa apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, jaganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaiknya..Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetapi dah berlaku..Semoga yang berlalu tidak berulang lagi.. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang "PALING CANTIK" dan paling baik..Maupun nak ikutkan banyak lagi cantik dan baik seperti rumput tadi.. Ditujukan pada seseorang yang aku sayangi... jika kamu baca,.. saya harap kamu paham,....