BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 30, 2011

(Microsoft Access)


 (Sejarah)
Microsoft mengeluarkan Microsoft Access 1.0 pada bulan November 1992 dan dilanjutkan dengan merilis versi 2.0 pada tahun 1993. Microsoft menentukan spesifikasi minimum untuk menjalankan Microsoft Access 2.0 adalah sebuah komputer dengan sistem operasi Microsoft Windows 3.0, RAM berkapasiti 4 Mb (6 Mb lebih disarankan) dan ruang kosong hard disk yang diperlukan 8 Mb (14 Mb lebih disarankan). Versi 2.0 dari Microsoft Access ini datang dengan tujuh buah disket floppy 3 ½ inci berukuran 1.44 Mb.
Peranti lunak tersebut bekerja dengan sangat baik pada sebuah pangkalan data dengan banyak record tapi terdapat beberapa kes di mana data mengalami kerosakan. Misalnya, pada saiz pangkalan data melebihi 700 Mb sering mengalami masalah seperti ini (pada saat itu, memang hard disk yang beredar masih berada di bawah 700 Mb). Arahan penggunaan yang dibawanya memberi amaran bahawa beberapa kes tersebut disebabkan oleh driver peranti yang kuno atau tatarajah yang tidak benar.
Nama kod (Codename) yang digunakan oleh Access pertama kali adalah Cirrus yang dibangunkan sebelum Microsoft mengembangkan Microsoft Visual Basic, sementara mesin pembuat form antara muka yang digunakannya dinamakan dengan Ruby. Bill Gates melihat purwarupa (prototype) tersebut dan memutuskan bahawa komponen bahasa pengaturcaraan BASIC harus dikembangkan secara bersama-sama sebagai sebuah aplikasi berasingan tapi dapat diperluas. Projek ini dinamakan dengan Thunder. Kedua-dua projek tersebut dikembangkan secara berasingan, dan mesin pembuat form yang digunakan oleh keduanya tidak saling berpadanan antara satu sama lain. Hal tersebut berakhir saat Microsoft mengeluarkan Visual Basic for Applications (VBA)...




CIRI-CIRI UTAMA PERISIAN MICROSOFT ACCESS


1.   Jadual (Table) - Penyimpanan segala pengumpulan maklumat tentang topik tertentu.
2.   Hubungan (Relationships) - Rangkaian antara medan bagi jadual yang berkaitan yang mempunyai nilai yang sama..
3.   Queri (Query) - Permintaan tentang sesuatu data daripada pangkalan data.
4.   Borang (Form) - Ruang antara muka untuk memasukkan maklumat.
5.   Laporan (Report) - Ringkasan maklumat daripada pangkalan data.
6.   Kunci utama dan kunci asing (Primary key and foreign key) - Kunci utama ialah medan yang unik yang mewakili setiap rekod dalam jadual, manakala kunci asing ialah medan yang memadani kunci utama dalam jadual yang lain.
7.   Jaminan keselamatan - Pembatasan pengubahsuaian maklumat oleh orang yang tidak dibenarkan.
8.   Perkongsian maklumat - Semua maklumat dalam pangkalan data boleh dikongsi.
9.   Jaminan integriti maklumat - Semua maklumat yang dimasukkan dalam pangkalan data adalah tepat, sah dan konsisten.
10. Perolehan semula dan replikasi - Semua maklumat disalin dengan kerap supaya maklumat tersebut tidak hilang jikalau cakera keras utama (primary hard disk) dan peralatan yang lain rosak. ..






0 comments: