BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 16, 2010

Luahan Hati seorang gadis







HANYA TINGGAL KENANGAN MANIS DALAM HIDUP KU....







aku seorang insan yang lemah seperti yang lain..aku pernah menyanyagi seseorang insan yang bernama zamri..sejak aku mengenali dirinya telah banyak kehidupan ku telah berubah.Aku berkenalan dengan zamri sejak di bangku sekolah lagi, sejak umurku baru mencecah 16 tahun masih muda, aku telah di temukan dengan zamri.. aku dan zamri telah berkenalan..kami masing2 mengenali antara satu sama lain..pada asalnya aku dan zamri seperti adik dan abang angkat,lama kelamaan perasaan sayang itu hadir dalam diri ku...aku sudah jatuh hati pada beliau, tidak lama beberapa bulan kemudian aku dan zamri mengambil keputusan untuk bercinta..hari berganti hari aku dan zamri saling sayang menyanyagi,masa pun berlalu,baru aku sedar sudah Hampir 3 tahun kami berkawan .Zamri bekerja sebagai anggota polis dan dia di lahirkan di terengganu, dia anak sulung dari 8 beradik..zamri berusia 24 tahun..Bila umur sudah mencecah 18 tahun..Aku telah mengambil keputusan untuk menyambungkan pelajaran di sebuah kolej..Aku sedari sejak aku menyambungkan pelajaran, perhubungan aku dan zamri semakin renggang ,kami sudah jarang berjumpa,mungkin aku paham dia terlalu sebuk dengan kerjayanya sebagai anggota polis..kemudian 2 tahun berlalu .aku dan zamri tidak lagi mesra seperti mula2 perkenalan kami..Aku menyedari bahawa zamri tidak seperti dahuu,dia telah banyak berubah. tak penah ada masa untuk aku.. aku terlalu sayangkan dia sampai tak nampak ape yang dia dah buat belakang aku selama ini.Pada suatu hari aku dan zamri telah bergaduh besar hubungan kami ketika itu semakin dingin aku tak mengerti mengapa zamri bersikap begitu,selama ini dia tidak pernah seperti itu.Aku termenung apa salah ku sampai dia berubah sikap, selama aku bercinta dengannya aku setia,jujur dan aku tak pernah curang belakang dia..tapi aku tak sangka pada satu hari zamri mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kami,aku x mengerti apa salah ku sampai sanggup dia membuat keputusan seperti itu,aku terlalu sayangkan dia,. tapi apakan daya mungkin aku dan dia tiada jodoh..Pada suatu hari rakan sekolah ku telah memberi khabar yang mengejutkan aku.. rakan sekolah ku memberi tahu kenapa zamri mengambil keputusan untuk berpisah dengan aku.selama kami berkenalan aku tidak sangka yang dia sanggup curang belakang ku.sungguh sedih rasanya bila dapat tahu berita tersebut..aku merasakan hidup ku tak berguna lagi untuk hidup,tapi apakan daya semua yang terjadi ke atas diri ku adalah kehendak-NYA..Aku redho,,jika hari ini hatiku terluka dan bersedih. satu hari nanti zamri akan dapat merasakan apa yang aku rasakan sekarang..ALLAH itu maha adil kadang-kadang kita di atas kadang-kadang kita di bawah..hidup seperti RODA!!..jika kita telah lukakan hati seseorang, satu hari nanti dia akan mendapat balasan dari-NYA.. Allah memberikan kita dugaan dan carabaran dalam kehidupan adalah untuk menyedarkan kita supaya tidaklah kita sekali2 MELUPAKANNYA!!.. aku harus kuat lalui dugaan ini.walaupun aku sukar untuk melupakan dia,aku harus kuat, harus maju kehadapan untuk melupakan untuk selamanya.. Aku berdoa moga aku di temukan dengan lelaki yang benar2 ikhlas mencintai ku suatu hari nanti..AMIN!!..






                                                                        MOHD ZAMRI


0 comments: